Thursday, 14 March 2019

Barangkali LEBIH daripada Dulu

Dah tiga bulan lebih aku berkerja. Banyaklah yang jadi. Contohnya, aku makin selesa dan rasa seronok dengan apa yang aku buat sehari-hari di ofis. Cuma, biasalah kadang-kadang ada benda yang menekan. Tapi setakat ni, i’m okay. Lagi, keluarga aku dan Naabil dah pun tetapkan tarikh kami bernikah. Tak lama saja lagi. Rahsia dulu. Boleh?

Aku, lebih bahagia. Sekarang.

Biasalah, macam kerja juga. Cinta kadang-kadang memerlukan aku untuk memberi lebih padanya. Tapi, pada masa yang lain, dia pula yang akan memberikan sesuatu pada aku.

Petang tadi, bila aku masuk ke kereta setelah penat seharian di pejabat, dia buka spotify, dan mainkan lagu yang aku suka (atm). Itu saja sudah buatkan aku senyum. Rasa bahagia betul, lagi-lagi bila cahaya jingga langit senja penuh di langit. Cantik. Indah. Itu yang aku rasa.

Dia bawa aku ke gerai makan malam yang kita sama-sama suka. Dia cakap-cakap sesuatu dengan kakak Lapar & Dahaga. Rupanya, dia ambilkan kerusi sandar untuk aku-yang-sedang-dalam-bulan itu. Betul, aku banyak mengadu satu hari ni badan sakit-sakit. Jadi malu, aku.

Dia buatkan aku makin tak sabar tunggu hari kami jadi satu. Tinggal bawah satu bumbung dan ada keluarga kecil sendiri. Tolong, kalau ada yang baca, doakan kami?

Atau

Kalau dia yang baca, doakan kita?


No comments:

Post a Comment