Sunday, 21 May 2017

Aiskrim

Aiskrim. Mencair bila terhabakan hangat. Menitik lalu mengotorkan jalan-jalan. Meleleh pada jemari yang memegang. Boleh juga terkena pada baju atau kain. Tapi bila dijilat, manisnya berbisa juga. Dinginnya memberi tenang pada jiwa yang hangat. Meringankan kepala yang terasa berat. Hidup macam aiskrim juga. Fikirlah bagaimana. Aku analogikan saja.


Friday, 19 May 2017

Kedua-dua mata cuba aku  buka dibantu tali-tali saraf dan darah. Berat sekali. Luas siling sempit sedikit daripada biasa. Mataku bengkak. Mengingat semalam, aku tidur dengan air mata jatuh pada bantal bercadar ungu yang hampir setahun tidak bertukar. Ah, bantal untuk dibuat rehat kepala. Tak perlu berwangi-wangi. Bangun dan mandi. Diri yang di bawa ke mana-mana dan bukannya bantal. Sempat fikiranku dicabul waktu.

Mengingat semalam, aku benci tarikh ini. Aku tahu aku akan ingat selama aku hidup. Semoga mati nanti aku jadi lupa. Tapi manakan bisa. Tarikh ini dan tarikh mati pada keduanya ada harga. Nyawa. Tapi yang aku tahu keduanya tiada makna. Awalnya ada, tapi kemudian tiada. Entah.

19 Mei 2017

Thursday, 11 May 2017

Tiga Hari

Tiga hari kau bakal pergi
Hilang dari mata, lenyap tiada di sisi
Biar kurasa lama, tapi tetap berjiwa

Merah mawar yang kau beri mengusik jiwa
Harumnya mengisi kamar hati
Seakan tak mahu kulepas kau pergi
Biar selalu boleh kuajak bermain kata dan mata

Tiga hari 

Kau pulang membawa sinar putih matari bersama
Mawar yang kau beri dulu, kini menunduk malu
Seolah-olah itu aku
Ketika kali pertama kau aku kenali
Sepertinya kasih kita membugar kembali
Walau berjarak tiga hari.

11 Mei 2017 . kk8

Tuesday, 2 May 2017

Rindu

Laju curahannya mencucuk bumi
Pepohon bagai menari dipukul hujan dan ditampar angin
Pandangan kukabur dari tingkap kaca kamar berdebu
Lewat deras hujan, kau kirimkan padaku getar rindu.

Bila matahari bangun kembali dari lena yang sebentar
Hangatnya menyapu basah rindumu padaku
Curahan tadi menghuni tanah menyubur sekitar

Bertemankan secangkir teh hangat di tepi tingkap kamar
Tanpa segan bayu petang menyentuh pipiku
Kucari kalau terlihat pada mata
Yang kulihat kabut kelabu berubah wajah
Menjadi biru bertompok putih awan petang
Dan kemudian aku percaya,
Rindu itu ada walau tak dilihat mata.