Terbitnya cerpen Yang Asing dalam ruangan Nukilan Pena, majalah Tunas Cipta terbitan DBP pastinya mengundang rasa pada diri ini. Pertama kalinya karya aku diterbitkan! Namun yang sedikit kukecewakan adalah kerana aku tahu benar-benar lambat. Abah yang bagitahu. Jikalau tidak, aku pasti tidak akan tahu. Itu juga kerana dia lihat penyata akaun aku yang sampai ke rumah.
Aku gembira. Aku jadi termotivasi untuk berkarya lagi. Terasa mahu mencuba nasib menghantar karya untuk diterbitkan. Pastinya aku gembira. Membuka ruang pada aku dalam dunia yang aku gemari. Alhamdulillah. Peluang itu terbuka. Peluang itu ada.
Semoga aku mahu menulis lagi. Pastinya menulis sesuatu yang membina sejagat. Bukannya menulis tanpa isi. Kosong dalamnya lalu membina masyarakat yang kosong-kosong juga. Ah! Aku tak mahu. Itu pastinya bukan aku!
Semoga rajin Sheera. Semoga dibuka jalan dan diberi peluang selalu.

No comments:
Post a Comment