Monday, 14 August 2017

Ruang Sendiri yang Tidak Sendiri

Dalam kebanyakan ruang sendiri yang aku ada, bersama Naabil adalah ruang yang paling aku suka. Tidak kira dalam bentuk apa dia ada untuk bersamaku. Sama ada ketika dia menungguku datang padanya di dalam kereta sambil menjatuhkan duduk kerusi dalam posisi berbaring sambil menatap skrin telefonnya, ataupun berbual melalui telefon bimbit menggunakan data mobil yang menguji sabar.

Namun yang paling aku suka. Ketika aku dalam kebanyakan waktu yang lain mengatur dan menggunakan ayat dengan baik menerusi tulisanku di media sosial atau pada orang lain, tetapi tidak bila dengannya.

Aku begitu bebas mengekspresi kasih, rindu, manja atau kegedikkanku padanya dengan bahasa-bahasa aneh. Kau tahu, aku suka ruang itu yang sebenarnya aku berdua tapi aku tetap merasa itu ruang sendiriku.
Mungkin kerana, dia sendiri membawa makna sebahagian daripada aku.