Wednesday, 30 November 2016


Barangkali,
Hidup tanpa susah payah tiada ertinya,
Hidup tanpa sedikit duka tiadalah gembira,
Sedang yang aku minta sedikit rasa bahagia,
Kerna penuh gelita kiniku rasakan,
Sakit,
Sakit menanggung sendiri,
Apa erti meluahkan jika hasilnyakan sama,
Aku mengharap bahagia memulih,
Sakit,
Kerna segalanya terluka.

Sunday, 27 November 2016

Selamanya, Aku Mahu Dia!

3.21 pagi.
Jemari terasa ringan menaip papan kekunci.
Otak kian ligat mencari kata.
Pada tuan yang seorang.
Untuk si dara meluahkan rasa.

Sayang dan cinta malah lebih juga.
Mahuku kata mahu dia jagakannya.
Selamanya, aku mahu dia!

 3.27 pagi.
Itu sahaja dan aku tamatkan.
Tidurlah sayang tidur lena.
Kelak esok sinar benderang.


Tuesday, 15 November 2016

Anugerah Dekan pertama kalinya :')


Semoga semester ini juga tersenarai dalam pelajar-pelajar dengan anugerah Dekan.
Feels good. Really good.
Last semester, sangat menyesakkan pada aku.
Aku tak mampu manage sebaiknya segala tugasan kolej, kerja kumpulan, assignments dengan my personal life. Its sucks. Bila fikir pandangan-pandangan buruk orang di sekeliling.
But with this kind of results, Alhamdulillah.
Aku rasa lega.
Sebab pada situ aku buktikan aku mula bangkit.
Dengan ini aku buktikan aku mampu kalau aku mahu.

Alhamdulillah.
Terima kasih keluarga yang sentiasa menitipkan doa, semangat dan segala bentuk sokongan.
Terima kasih Naabil yang sentiasa ada. Even habis exam dulu, tunggu sampai aku settle exam. Teman study sampai pagi-pagi buta. Terima kasih untuk segala-gala kebaikan dan kekuatan.
Terima kasih kepada yang memandang rendah pada aku. 
Aku bangkit kerana kalian.
Bangkit kerana aku mahu.
Bangkit kerana Tuhan masih sayang.

Sekali lagi,
Semoga semester ini juga tersenarai dalam pelajar-pelajar dengan anugerah Dekan.
Walaupun nyawa-nyawa ikan.
Walaupun lemas dengan sikap bertangguh diri sendiri.

KENA BANGKIT!